Pages

traffic light

Monday 6 February 2012

Sayangnya Rasullullah kepada kita...

assalammualaikum dan salam satu malaysia.
hye everyone! today saya nak share something.
ermm. last night i went to sambutan maulidurrasul. okayy. mula mula sumpah aku mmg malas gila nak pergi. sebab aku tahu cnfirm cnfirm ada ceramah bagai an. but aku kuatkan juga hati aku ni untuk pergi.
dan syukur Alhamdulillah aku dapat something yang berguna. tak sia sia kan (:


aku buat sinopsis jelah ek. kang kalau nak sebijik sebijan 4hari lah korang pemning baca . ditambah lagi dengan bahasa pujangga aku yang bombastik, dramatik, artistik dan pelbagai tik lagi lah.

ustaz semalam kata, semasa Rasulullah hampir wafat, baginda menyebut, ''ummati, ummati, ummati''
maknanya, ''umatku,umatku,umatku'' . korang bayangkanlah, dah tinggal hujung nyawa ni, tpi baginda masih memikirkan umatnya.
siapa umat baginda tu?? kita ni lah kann.

and ada satu kisah dimana baginda menangis, then malaikat Jibril bertanya, ''wahai muhamad, mengapakah engkau menangis??'' dia tanya dalam arab lah. takkan malay pulak an. =='' ayat lebih kurang gitu lah.
just nak bg korang faham.

after that Rasulullah menjawab, ''aku memikirkan umatku, bagaimanakah keadaan umatku nanti. umatku setiap hari melakukan dosa''

lebih kurang macamtulah an. lpstu Jibril mghadap Allah, dia tanya, apabila umat Muhamad ni bertaubat, berapa lamakah masa untuk Allah ampunkan.

kalau korang nak tahu, nabi Adam kene buang dari syurga dulu sbb buat salah an and nabi Adam bertaubat selama 300 tahun, barulah Allah ampunkannya.

okayy, kita sambung pertanyaan Jibril tadi,
mula mula tu Allah kata, 2tahun baru Allah ampunkan. 2tahun untuk SATU dosa.
sedangkan dosa setiap antara kita ni bole dianggarkan ibarat 7 gunung.
7gunung per person. geddit??
gunung everest ke gunung ledang ke gunung kinabalu ke tu aku taktahu.

lpstu Rasulullah still tak puas hati lagi, baginda suruh Jibril menghadap Allah lagi.
beberapa kali juga lah Jibril mengahadap Allah.
korang bayangkanlah, daripada 2 tahun, jadi berapa lama tah, aku tak sure, then sebulan, sampai sehari.
sehari. means, harini kita taubat, esk Allah ampunkan.
TETAPI. Baginda tetap menangis tak puas hati. katanya, umatnya ni setiap hari melakukan dosa.

last last dapat discount sampai satu waktu. means, waktu zohor kita taubat, time asar Allah dah ampunkan.

itu pun baginda masih menangis mengenangkan kita sebagai umatnya .

nampakkan betapa sayangnya Rasulullah pada kita?? tapi kita ada tak sayang pada baginda
sampai macamtu sekali?? tepuk dada, tanya iman.

sama samalah kita buka mata, buka hati dan kembali kejalannya.
Allah akan membantu kita kalau kita nk buat kebaikan. InsyaAllah.

Dan apa yang aku cuba share kan ni adalah peringatan untuk diri aku juga.
segala yang baik datang daripada Allah. yang buruk dari aku sendiri.
kalau ada silap silalah betulkan ya. aku bukan perfect and aku pun baru nak mendalami
hal hal macamni.

aku nak jadi macamni. doakan aku ya. (:


nota kaki: kalau kita nak pasangan yang soleh/solehah, kita kenelah jadi soleh/solehah dulu.
               (:  kalau nak berubah memang byk dugaan. jadi,
               sabarlah ya. sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada org2 yang sabar.


renung renungkan dan selamat beramal !!!! :D



No comments: