Pages

traffic light

Saturday 25 February 2012

NAK SERIBU DAYA, TAKNAK SERIBU DALIH.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak nasihat atau tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.(Nota: Gi baca 4 Golongan Lelaki dibawa wanita ke neraka
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)
Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


Renung renungkan dan selamat beramal. :)

Tuesday 7 February 2012

NAH ! BACA NII !!


maksud tersirat "wall" yg ade pd facebook!

assalamualaikum felow melow sekalian,
astaghfirullahhalazim.....*mengucap terkejut, dsbb terkenangkan hal ni..
lihatlah betapa syaitan, ingin pesongkan akhlak manusia dengan cara trsmbunyi smpai kan kita tak tahu dan tak menyedarinya, nauzubillahminzalik :/
yg kita sebahagian manusia ni pulak sebok lalai, tk sedar bende ni berlaku, dan terus tersesat..jom bace bawah ni,

1. Sahabat, tahukah kamu apa makna WALL ?
Ia memberi makna DINDING. Ada apa dengan DINDING.

2. Siapakah yang mewujudkan Facebook?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

3. Apa kaitan WALL dan YAHUDI?






Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan “WALL FB” ini sebagai tempat LUAHAN PERASAAN seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat PERKONGSIAN apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.

sedang mengodek isi google, n blogger n ni lah hasilnya, terjumpe cerita yg sngat perlu kita jadikan iktibar..sharing is caring :) renung2 kan lah~

SUMBER: http://storyofwintrysoul.blogspot.com/
THANKS TO THIS ADIK MANIS KERANA SUDI SHARE. :)

Nasihat anak kepada bapanya..

Assalammualaikummmmm. hai semuaaa! harini anda bersama saya lagi dalam rancangan
#$%^Y&UIOP*&^%RDC
xoxo.

itulah hasil siasatan yang didapati apabila kebosanan dan kebuntutan membelenggu diri tatkala
ditemani angin sepoi sepoi bahasa serta ciut miut burung yang berkicauan.
''burung burung pun turut berkicau menyanyikan lagu blablabla..''

okay. not funny. TAK KELAKA.
okay STOP! sila serious.

Ermm.just wanna tell all of you I'm currently at my lovely college right now. (:
Alhamdulillah dapat sampai dengan selamat.

Semasa on my way back tadi, just both of us. with my dad. Dato' Malek yang handsome kacak bergaya itu.
Bapak aku memang hemsem lah. tolonglah jangan jelous. ok dah. =='

as usual, apabila sudah berbicara, suaranya dapat mengalahkan volume radio
Fly.fm 94.0 yang aku rasa memang boom boom paw lah yang selalu menjadi halwa telinga aku.
aku seda ayat aku agak sebanyak. bukan sedikit ya, tapi SEBANYAK ke-kel-in***.
aku tahu korang faham TAPI.
kehkehkeh.

disaat sedang mendengar nasihat daripada bapaku dengan kelajuan 485km/j,
tetiba aku macam sebak pula. seriously.

sebenarnya dia berharap sangat aku dapat jadi seorang pendidik.
tapi takde rezeki. nak buat cane.

bapaku tak pernah giveup mengatur jalan hidup aku.
dia yang aturkan semuanya, dan sekarang aku kat kolej ni.
walaupun mulanya aku masuk dengan muncung boleh buat sangkut hanger,
namun sekarang aku dah mampu tersenyum. syukur Alhamdulillah.
bapaku sendiri pelik kenapa aku tak dapat tawaran ke universiti macam anak org lain.
mungkin result spm aku just cukup makan.
tapi aku dah mula terima semua tu.mungkin kalau aku masuk u, hidup aku lagi teruk kot.

kat kolej ni walaupun Kolej Ketenteraan Tanah Melayu,
walaupun jail ke apa,tapi Alhamdulillah, kami masih ada ustaz yang ambil berat,
lecturer2 yang yang amik berat jugak.semua amik beratlah. sebab since masuk sini pun
aku dah makin berat. takpena pena badan berisi mcam ni. tup tup
hamekau. macam kene saka. bukan saka culture shock,tapi saka food shock.
mak aihhhh. huhhh semangatt. bole pinjam perut belipat 4hari.

then,
bapa ku berpesan, sembahyang jangan tinggal, rajinkan solat duha.
bangun malam, sembahyang sunat.

saat tu, airmata aku hampir menitis. aku rasa sangat bersyukur ada seorang ayah sperti dia.
yang sentiasa ambil berat tentang aku. semua yang aku nak, dia bagi. tapi
aku masih belum jadi anak yang baik.

tapi aku masih belum dapat membalas jasanya lagi. dan aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai
seorang islam. Alhamdulillah. (:
aku harap aku mampu balas jasa kedua ibubapa aku. InsyaAllah.
aku akan cuba memberi airmata kejayaan kepada mereka.
setiap yang berlaku ada hikmahnya. better late than never.

and aku percaya yang Allah takkan bg ujian lebih daripada kemampuan hambanya. :)
wink wink.

akhirkata, esk tak ada class. Alahamdulillah. kehkehkeh #tak sampai 2saat berubah. nak barjaya tapi tanak g class. apapuntakbole. lol.

nota kaki: title tu aku tipu je sebenanya. hikhik. kbye

inilahtempatcinderellaberadu.jgntanyaygbusuktuapa!
kbye



Monday 6 February 2012

Sayangnya Rasullullah kepada kita...

assalammualaikum dan salam satu malaysia.
hye everyone! today saya nak share something.
ermm. last night i went to sambutan maulidurrasul. okayy. mula mula sumpah aku mmg malas gila nak pergi. sebab aku tahu cnfirm cnfirm ada ceramah bagai an. but aku kuatkan juga hati aku ni untuk pergi.
dan syukur Alhamdulillah aku dapat something yang berguna. tak sia sia kan (:


aku buat sinopsis jelah ek. kang kalau nak sebijik sebijan 4hari lah korang pemning baca . ditambah lagi dengan bahasa pujangga aku yang bombastik, dramatik, artistik dan pelbagai tik lagi lah.

ustaz semalam kata, semasa Rasulullah hampir wafat, baginda menyebut, ''ummati, ummati, ummati''
maknanya, ''umatku,umatku,umatku'' . korang bayangkanlah, dah tinggal hujung nyawa ni, tpi baginda masih memikirkan umatnya.
siapa umat baginda tu?? kita ni lah kann.

and ada satu kisah dimana baginda menangis, then malaikat Jibril bertanya, ''wahai muhamad, mengapakah engkau menangis??'' dia tanya dalam arab lah. takkan malay pulak an. =='' ayat lebih kurang gitu lah.
just nak bg korang faham.

after that Rasulullah menjawab, ''aku memikirkan umatku, bagaimanakah keadaan umatku nanti. umatku setiap hari melakukan dosa''

lebih kurang macamtulah an. lpstu Jibril mghadap Allah, dia tanya, apabila umat Muhamad ni bertaubat, berapa lamakah masa untuk Allah ampunkan.

kalau korang nak tahu, nabi Adam kene buang dari syurga dulu sbb buat salah an and nabi Adam bertaubat selama 300 tahun, barulah Allah ampunkannya.

okayy, kita sambung pertanyaan Jibril tadi,
mula mula tu Allah kata, 2tahun baru Allah ampunkan. 2tahun untuk SATU dosa.
sedangkan dosa setiap antara kita ni bole dianggarkan ibarat 7 gunung.
7gunung per person. geddit??
gunung everest ke gunung ledang ke gunung kinabalu ke tu aku taktahu.

lpstu Rasulullah still tak puas hati lagi, baginda suruh Jibril menghadap Allah lagi.
beberapa kali juga lah Jibril mengahadap Allah.
korang bayangkanlah, daripada 2 tahun, jadi berapa lama tah, aku tak sure, then sebulan, sampai sehari.
sehari. means, harini kita taubat, esk Allah ampunkan.
TETAPI. Baginda tetap menangis tak puas hati. katanya, umatnya ni setiap hari melakukan dosa.

last last dapat discount sampai satu waktu. means, waktu zohor kita taubat, time asar Allah dah ampunkan.

itu pun baginda masih menangis mengenangkan kita sebagai umatnya .

nampakkan betapa sayangnya Rasulullah pada kita?? tapi kita ada tak sayang pada baginda
sampai macamtu sekali?? tepuk dada, tanya iman.

sama samalah kita buka mata, buka hati dan kembali kejalannya.
Allah akan membantu kita kalau kita nk buat kebaikan. InsyaAllah.

Dan apa yang aku cuba share kan ni adalah peringatan untuk diri aku juga.
segala yang baik datang daripada Allah. yang buruk dari aku sendiri.
kalau ada silap silalah betulkan ya. aku bukan perfect and aku pun baru nak mendalami
hal hal macamni.

aku nak jadi macamni. doakan aku ya. (:


nota kaki: kalau kita nak pasangan yang soleh/solehah, kita kenelah jadi soleh/solehah dulu.
               (:  kalau nak berubah memang byk dugaan. jadi,
               sabarlah ya. sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada org2 yang sabar.


renung renungkan dan selamat beramal !!!! :D



Saturday 4 February 2012

Kerikil Dan Sutera | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kerikil Dan Sutera | iluvislam.com + discover the beauty of islam

SALAM MAULIDURRASUL..


APABILA ANDA MARAH..
1. Bila anda marah, tulis apa yang anda rasa diatas kertas- Kemarahan adalah satu perasaan yang perlu diluahkan. Jika dibiarkan, ia akan meletup. Sebab itu kita tengok bila orang marah, dia akan cakap macam-macam, menjerit, menyuarakan ketidakpuasan hati yang mungkin dah lama terpendam. Bila anda menulis, curahkan segala perasaan marah anda diatas kertas, jangan tertinggal satu pun. Lepas itu akan rasa lega dan kemarahan anda akan reda. Seperti yang dilakukan Lincoln, dia menulis rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan Meade. Apa jadi lepas tu? pada andaian saya. Dia berasa lega dan kemarahannya reda. Bila kemarahan reda, barulah manusia boleh berfikir secara logik.
2. Punyai sifat empati- Empati berbeza dari simpati. Empati membawa maksud meletakkan diri anda pada kedudukan orang lain dan melihat sesuatu dari pada kacamata orang lain. Orang yang empathy mempunyai sifat selfishnes, mungkin sukar untuk mempunyai sifat empati. Seperti dalam cerita itu, Lincoln meletakkan dirinya di tempat Jeneral Meade. Dia membayangkan melihat pertumpahan darah, teriakan tenteranya yang cedera dan sakit. Membayangkan suasana ini, dia mengambil keputusan untuk tidak mempersoalkan tindakan Jeneral Meada melalui surat yang telah ditulis. Jangan salah faham. Mempunyai sifat empati bukanlah bermakna menjadikan diri anda sensara dengan memahami penderitaan orang lain, tetapi lebih kepada memahami situasi orang itu dan bertindak berdasarkan pemahaman itu.


          _________________________________________________________________________

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" Surah An-Nur : ayat 30

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina" [hadis dari Abu Musa al-Asy'ari]..

"Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud].

Ya Allah, bantulah kami daripada menyekat pandangan kami daripada memandang yang haram , yang pasti mendekatkan kami ke lembah kejahilan . sekiranya , mereka enggan membantu kami dalam memperelokkan akhlak kami , kepada engkaulah tuhan sekalian alam , sebaik-baik pemberi pertolongan kepada kami . ampunkanlah kami .
Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..'
" lelaki yang baik ( lelaki yang memegang tangan kalian hingga ke syurga ) akan mencari apa yang Allah kata baik . kalian kata nak cari lelaki baik , maka kenalah jadi apa yang Allah kata baik . ( sama juga dengan lelaki ) " - Mr Paracetemol










"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka"  Surah An-Nur : ayat 31.

NOTA KAKI: Apa yang aku share ni adalah untuk peringatan pada diri aku juga. tidak ada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. SALAM MAULIDURRASUL DAN SELAMAT BERAMALL !!! ;) 

Sumber inspirasi: iluvislam



Apabila Awan Baik Bercinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apabila Awan Baik Bercinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam