Pages

traffic light

Sunday 20 November 2011

cinderella vs tweety

suddenly i feel lonely and wanna find someone whose can steal and treat my broken heart.
title is just for fun cause i have no idea. :)
but there's diff between tweety's and cinderella's life.
tweety is always happy.
while cinderella is just like fool.
but she still a patient and strong woman.
at the outer self, i'm a tweety.
but in my inner self, I'm just like cinderella.
but not strong enough.

wish me luck in my final.
wish me luck in my life.
wish me luck in everything i did.
i hope i'll be a strong woman like cinderella :).


that's all. thank you for reading. love you.
lots love,
daydreamcinderella. <3

Wednesday 9 November 2011

oh lelaki :D


CARA LELAKI PUJUK GF MENANGIS..
Lelaki cool : “Biarlah dia,nati dah penat diam la tu”
lelaki naif : “Nanti saya beli coklat dengan belon jangan nagis dah ye”
lelaki cover macho: “Plz la jangan buat malu saya,takan nagis kot”
lelaki yang tak sabar : “Dah besar macam ni nangis lagi,plzzz la!!?”
lelaki Sensitif : “Ikut Nangis sekali huwaaaa”
lelaki pakar Hipnotis : “Saya kira 1,2,3…didalam kiraan tiga anda akan melupakan semuanya… lupakan semuanya… lupakan… OK!”cww
lelaki cool : “suka hati ko lah!!!”
lelaki Idaman : “Menangislah sepuasnya dipangkuanku, sambil tangannya memegang melindungi si gadis (kadang meraba)”
lalaki kaya : “Ok2 nati saya belikan kereta dan juga Handphone dah jangan nagis dah..”
lelaki Romantis : “ Puisi dibaca lalu dinyanyiikan lagu michael jackson-you are not alone”
lelaki buaya : “Dibaringkan ditempat tidur lalu….”
lelaki jujur : “Dipeluk sambil dibisikin `kita putus je lah` ye lah kamu ni asyik nagis je”
lelaki bajet : “saye baru beli handphone ni”(Sibuk ambil gambar diri sendiri pakai handphone samsung galaxy
lelaki Dermawan : Dikeluarkan duit syiling dalam kocek lalu diucapkan ” May God Bless You…”
lelaki kedekut: “Sory lah awak,saya tak cukup duit la nk beli tissu,harga tissu dah naik…”
lelaki baik : “Astagfirullah….tabahkan hatimu ya.”
lelaki potong cakap : “Eh kenape ni? siapa? kenapa? dimana? kemana? takan lah? sudah lah… ambil yang positif je lah”
lelaki yang pandai bergurau : “eh ade orang mati ke? fulamak…kamu boleh nangis ?”
lelaki cooo l: “muke cun… tapi asyik nangis je,susah kan aku je”
lelaki kejam : “Hehehehe… ini belum seberapa sayang…nanti aku boleh bagi kamu bertambah sengsara sampai meraung-raung… lebih teruk lagi… nangis lah lagi?

here are some types of lelaki....
Lelaki Gula-Gula
Lelaki gula-gula biasanya mempunyai perwatakan sebagai seorang lelaki maskulin,menjaga ketrampilan especially in front of girls,mempunyai karisma yang boleh mengancam nyawa korang dan berperwatakan menarik. *last part is bonus for them..Mereka dinamekan lelaki gula-gula kerana ayat mereka manis tak ingat.Sekali berkata2 perempuan sure ade sket2 terlentok dekat die.Biasanya tingkah laku mereka memang sangat2 romantik buat korang berade di awang-awangan tidur tak kenyang mandi tak lena.Kebanyakan lelaki gula-gula ini,biasanya jarang setia pada yang satu disebabkan mereka mempunyai perwatakan yang menarik.So girls,better watch out!


Lelaki Permata Berlian
Lelaki jenis ini dikenali jugak Mama's boy.Die lah permata,dia lah berlian,die lah payung mak die.Disebabkan mak die selalu membuat keputusan,sampai dah besar panjang pon die masih lagi biarkan mak die buat keputusan.Dariada warna pakaian sampailah ke calon girlfrend mak die yang akan decide.Kalau korang dapat boifie macam nih,korang kena lahh bersabar,memang die telah dididik oleh mak die cenggitu.Korang jangan harap lahh dapat melawan sebarang  keputusan dari mak die walaupun keputusan itu tak adil.


Lelaki Kulit Kerang
Lelaki jenis ini mempunyai hati yang keras macam kerang.Sukar untuk die jatuh cinta sesuke hati pada perempuan.Nak kenali lelaki jenis macam nih senang jer nak kenal;
die selalu lepak bersama kawan2 lelaki die.
takkan pernah nampak die berjalan,makan bersama dengan mane2 perempuan.
die tak berminat nak mengorat,pandang lelame atau tegur perempuan.
kalau handphone die,ibarat macam ade takde.sebab takde siapa nak call die melainkan family dan kawan lelaki die sahaja.Kalau dah kapel dengan lelaki nih,korang akan tengok dalam inbox die full of mesej dari korang jek.Kalau ade mesej dari perempuan pon bertanyakan hal tak penting.not more than that.
Stok ex-grilfren die sangat sedikit iaitu tak lebih dari 3 orang.Dan tempoh percintaan mereka agak lame maybe setahun atau dua tahun.
In conclusion, life die dengan kawan2 lelaki die je lahh.
Tak bermakna die gay kalau die selalu lepak dengan lelaki.But he just not into too many girls.Once die dah jatuh hati kat perempuan tuh,die akan sayang dan jage perempuan tuh baik2.Sangat setia pada yang satu.Korang sangat beruntung dapat lelaki jenis ini.Kalau hati kuntum die disakiti oleh orang yang die sayangi,sangat susah untuk disembuh.Lebih2 lagi kalau perempuan tuh berlaku curang.Thre's no second chance.


Lelaki Angin Lintang
Lelaki Angin Lintang sangat berbahaya orangnyer.Sebabnya mood die ibarat angin lintang.Tak tentu hala mengalahkan perempuan datang bulan.Die boleh jadi pemarah pada perkara2 sebesar lalat sahaja,tapi pada kita perkara tuh tak  perlu dibesar2kan pon.But then die boleh layan kita bagaikan puteri bila angin lintang die hilang.Lelaki jenis ini panas baran orangnya,korang kena banyak beristighfar,dan bersolat taubat (sebabnya dalam hati jer korang mampu maki hamun die)Pergaduhan kerap berlaku.Kuat Cemburu tak tentu hala.In conclusionya,korang bawak2 lahh bertenang yea.heee


Lelaki Ulat Gonggok 
Lelaki kategori ini tak semestinya die mempunyai perwatakan yang menarik,tetapi disebabkan kegatalan die yang semulajadi ade dalam diri die,maka mereka pon menggatal tak ingat.Boleh jugak dikategorikan sebagai lelaki keranjang.Pantang nampak peha dahi licin,kompom disitu mereka akan test market.Senang jer nak kenali lelaki jenis ini;
korang jenjalan sensorang,die nampak korang kompom die akan jalan beriringan dengan korang.
die akan terus usha dan usha tanpe putus ase,even saham korang taknak kalahh.
die akan puji korang"awak nih cantiklah.Boleh saya berkenalan?"
Lelaki jenis ini walaupun ade gurlfrend,tetapi die masih ade banyak skandal kiri kanan die.Tak pernah kenyang dengan kasih sayang seorang perempuan.pfftt. 


Lelaki Muka Buku
Lelaki ini diketegori jugak budak nerd.Sebabnya 24/7melekap dekat buku jer.Walaupun die mempunyai perasaaan dan cinta terhadap wanita tetapi cinta die terhadap buku lagi mendalam.Mungkin mase korang untuk bergedik santai dengan die sangat terhad.Dan die lebih prefer menghabiskan mase dengan buku.Lelaki jenis ini memang membosankan kalau korang tak sekepala dengan die.So kalau dapat,banyak2 lahh chill ajer.heeeh.


Lelaki Nespray
Lelaki ini sangat kuat merengek macam bebi.Selagi permintaan die korang tak penuhi selagi itu lah die kan merengek dan menarik muncong sedepa.Macam bebi kalau tak dapat susu nespray,selagi tu lahh akan merengek,bile dah dapat terus diam.Lelaki ini jugak hati sangat kace,penuh taman,dan overly sensitif.Kalau tersalah cakap,pasti die akan berkecil hati dan merajuk tak tentu hala.Mereka nih nak sentiasa bersama orang tersayang 24/7 like heaven.Kalau lambat reply mesej or call sure die buat muncong itik die.So,sedikit sebanyak akan buat korang rase 3R(rimas, ramas dan remas).HAHA.


Lelaki Lebah
Ibarat habis madu sepah dibuang,itu lahh die lelaki jenis ini.Selagi mereka tak dapat korang,selagi itu lahh die akan berusaha bermati-matian untuk dapatkan korang.Merka layan korang bagaikan puteri,ape sahaja permintaan korang die akan tunaikan.Kalau korang minta die teman makan time ade game bola faveret die,die lagi rela teman korang dari tengok game feveret die tuh.Die tak pernah marah korang malahan sentiase mengalah.Tetapi once die dah offcially kapel dengan korang,passion die nak kejar korang makin berkurangan,might be belang die yang sebenar akan terserlah sket demi sket.Die bukan nak MAIN dengan korang pon tapi just nak dapat tittleCOUPLE jer dari korang.Kalau dulu belum kapel sanggup kan teman korang makan,tapi now pelbagai alasan die bagi dengan harapan korang jadi gurlfrend yang memahami die pulak.Korang takkan dapat detect lelaki jenis ini unless die bagitaw sendrey kat korang.






Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

Tuesday 18 October 2011

Baca niii !!!!

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini…

 tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.


Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya

….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..

dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya

 lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati 


abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.


Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…



..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….





dipetik dari dewan bahasa dan pustaka. :D


Saturday 8 October 2011

Alhamdulillah :)

Halloooooo!! Assalamualaikummm~ 
.... Im coming home, Im coming home..tell the world that Im coming home.. lalalalaaa. huhuuhu. Aku balik gumah today atas sebab yang memerlukan aku untuk di inteview. hee. So tak dapatlah aku nak menjoin department aku buat bbq. tsk tsk. :"(  bab bab lantak melantak ni memang bidang aku. hoho. kunun nak control makan,tp apa pun tak bole. btw, this few days, aku exercise tau petang petang. even just main badminton je pun. tp at least berpeluh lah jugak. dapatlah bakar kalori dalam badan ni an. huhu. hihihi . hahaha.
kalau nak tau aku tengah mental serabut tahap gaban ni sebab borang borang inteview tu aku tetinggal kat kolej. elok an perangai aku?? =='' mampuih kalau parent aku tau. but now aku taktau nak minta tolong siapa untuk bg borang borang tu kat aku. adehhh. ==' ni adalah inteview yang ke tiga dalam hidup aku. first time adalah inteview for stewardess dekat MAS. and actually i get that job. tetapi fikir fikir balik masa depan macam kurang cerah je an. plus my paren pun tak galakkan untuk aku jadi stewardess. plus lagi because i have to remove my hijab and i wont. thank you. 
sec inteview is fr KPLSPM. perguruan punya. i gt inteview fr TESL. but takde rezki so i dint get it. lgpun saingan semuanya hebat hebat dan bijak bijak belaka an. aku rasa humble gila time tu. hmm. tp takpe. hidup mesti  diteruskan rite?? pejam celik pejam celik tercampak lah aku kat kolej ni. pehh.mula mula masuk, memang memberontak gila kot.masa hari kene daftar tu, aku bgn pagi dengan muka ketat sebab taknak pegi sini. hahaha. muncung bole sangkut hanger. kahkah.but  paren aku kata  masuk je sini dulu untuk sementara. *dengan nada yang memujuk time tu. haha. kira macam belaja olok olok cenggitu. okaylah,aku accept je. but now hati ni dah mula rasa sayang nk tinggalkan kolej tu. huhu.seriously tak tipu. thats why when i gt this inteview i wont care neither i pass it or not. but doakanlah aku ye. insyaAllah i ll try my best. paren aku pun tau yang aku mmg tak minat nk keje keje mcamtu. means yg ada darah darah semua tu. aku ni penggeli orgnye. tu satu.tgk darah sendiri pun aku bleh rasa loya nk pitam, lg lah nk tgk yg bermacam macam patern lg tu kan. sekarang ni malas nk fikir. just cuba jelah apa yang termampu sebab parent aku berharap sgt aku dpat. guilty gila aku dibuatnya. 
and harap harap lah someone bole jd hero untuk aku dapatkan borg borg tu esok. sobs sobs. *bunyi ngis smbil sedut hingus.  :'(
 cop cop. ada lagi satu story yg buat aku rasa macam nk jd hulk. handphone kesayangan aku jahanam! yess. aku memang suka senanye. hisshhh. baru tinggal kat ruma 2 mggu dah jahannnnnammm !!!! geram gila wehh. menyirappp je. ggrrrrr!! tp disebabkan ada benda lain  yg lebih penting untuk difikir, so aku just diam je lah an buat buat cool.. takpelahh.
benda dah jadi an. *ayat reda. ahahhaha padahal dalam hati..!@#$%^&*(
sayang weh phone tu. sayang gila. tulah phone plg lama aku penah pakai. setahun lebih . huwaaa!! :'( nanti nak repair jugak phone tu. tak kire ! kbye !!


 Alhamdulillah everytg back to normal. thanks for all of my beloved classmate. <3 you lahh.! 



Saturday 9 July 2011

sedihnya

Assalammualaikum.
Sedihkan bila kita memang tak sengaja buat sesuatu mistake tu and orang sulking and marah pada kita. Padahal memang tak ada niat langsung nak buat silap.tak tahu nak explain macam mana lagi. sangat sangat sedih yang teramat sangat. Even pandang muka kita pn tak nak kan. Lagilah nak bercakap ke apa. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanMU ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Sangat sangat terkilan. Hanya Allah je tahu bagaimana perasaan aku sekarang. Harap harap benda ni akan pulih as soon as possible. :'(  Aminn.
tu je.bye.tc