Pages

traffic light

Wednesday 29 August 2012

warkah buatmu...


Assalamualaikum..
Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.
Sang Mantan,
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak?
Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex? Pernah tak kita berasa malu memasuki pusat karaoke berdua? Pernah tak?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha. Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?
Sang Mantan,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
           “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya  adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
 Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah..
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.
Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta. Kita yang buta selepas tenggelam di dasar lautan cinta yang paling dalam. Kita. Bukan salah mereka.
Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia cinta. Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.
Untuk menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.
 Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka.


dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/warkah-untuk-sang-mantan/#ixzz24wJcRcYO

Tuesday 28 August 2012

malam ituu...

assalamualaikum ukhti dan akhi sekalian. (;
apa khabar semua??? so, how's your raya???
yang tinggal puasa, jangan lpa qada' ya. ehem (;

di malam yg harmoni dan sentosa ini, aku nak cerita sedikit tentang pengalaman aku.
pengalaman macamana aku boleh terdetik nak berubah. walaupun tak byk, tapi
perubahan ini mampu memberikan 1001 makna dalam hidup aku sehingga ke detik ini. Alhamdulillah
(';

pada suatu malam tu, kat kolej ada usrah nisaa' besar besaran.
mula mula tu mmg refuse nak pergi, but everyone WAJIB pergi. so i have too.
starting tu kami diberi tontonan tgk video tentang kematian. tentang umat islam nowadays,
tentang dhia. ehh tak. yg tu tipu. hehe.
macam2 lah.
and then ada satu video pengurusan jenazah. uishh. aku mmg lemah semangat sikit sebenarnya bab2
aku fikir "mampu ke kita mandikan ibu ayah kita bila mereka dah tiada nnti" atau aku hanya pggl pihak pengurusan jenazah untuk settlekan segala2nya.
ya Allah. airmata terus berlinangan saat itu. hanya Allah yg tahu.
sayangnya sayang seorang anak terhadap ibubapa mereka. sampai kalau boleh,
aku tak sanggup nak diorg pergi dulu before aku. biarlah aku yg pergi dulu before diorg.
hmm. then aku realise yang kematian tu mmg tidak mengenal usia.
byk yg aku learned on that night.
dan ia buat aku muhasabah diriku ini. sampai bila aku nak jadi macam ni?
dengan keadaan yang langsung tidak bersedia untuk mati. ya Allah.. byknya dosa aku.
aku menangis malam tu. dan malam tu juga buat aku terdetik untuk memulakan langkah baru
dengan memakai tudung yg sedikit labuh bila ke kelas esok.
dan esknya aku mmg pakai tudung labuh ke kelas. and tdg tu aku pinjam mmbe aku punya sbb tdg aku semua pendek2. )';

on that day, the whole class menganjing aku pakai tdg labuh.
well. somes know abt my background. so mmg obviously weird lah
bila all of sudden aku pakai mcmtu kan.
"baru lps kene usrah, terus pakai tdg labuh ke" and many more.
but aku prefer diam je .

hari demi hari berlalu. aku cuba untuk istiqamah. teruskan perjuangan aku untuk
mendapatkan syurga Illahi.
yess. aku kene kuat. aku selalu merintih kat Allah kerana menginginkan kekuatan itu.
dan Alhamdulillah Allah bantu aku.

family aku sgt peliks when they first time tgk aku balik pakai tdg labuh mcmtu kan.
mama pun tanya kenapa pakai mcmtu. masatu sedih sangat. menitis airmata ni.
hanya Allah yg tahu.

but lama lama mereka faham. ustaz pun byk bg support.
lect2. kakak2 usrah. dorg bg tdg labuh kat aku. banyaaaakkk wooo. hikhik
thnks alot.

but aku admit sometimes aku still pakai tudung biasa, namun aku pastikan
ia menutup dada.
pernah one day tu aku pakai tdg instant, nak cpt masa tu.
then ustaz tetiba nampak and pggil dengan senyuman.
"syafiqah sini kejap. ustaz nak cakap sikit"
"apa dia ustaz?"
"errrmm. syafiqah kalau pakai tdg labuh sikit lagi cantik"
"ohh. hehe. okay ustaz. terima kasih"

then aku terus call mama ceritakan hal tersebut kepada dia.
mama and baba fully support aku skrg.
thank you Allah!! mama belikan tdg labuh. seronokk. wuhuuu.

but mmg byk dugaan. aku tak tipu. iman aku pun masih lemah.
terhuyung hayang.
masih mengaharapkan kekuatan dariNya.
sayang mama. sayang baba. sayang semua.
terima kasih ya Allah kerana masih mmberikan aku peluang.
terima kasih kerana masih menyayangi ku.
terima kasih kerana bukakan pintu hatiku.
sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah dan selalu melakukan dosa.


p/s: nnti continue story ehh. panjang lagi act but i need to study. tmr gt test.
doakan saya yaaaa!

#ukhuwahfillah!