Pages

traffic light

Wednesday 24 October 2012

Jadi Sahabat Sahaja, Tak Perlu Kapel



Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata.

Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.

Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. 

Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.

Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.

Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?

Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. 

Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. 

Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.

Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. 

Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. 

Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.

Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah
.
Rujukan :
buku: kerana cinta harus memilih (ust burhan sodiq)


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/jadi-sahabat-sahaja/#ixzz2ADE7hzwz

Bagaimanakah Melupakan Si Dia?



wash_my_heart_away_by_catchingfy
Wash My Heart Away by *catchingfyre (devianart)
“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.
Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita. Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita. Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita. Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya. Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.
Tetapi tidak ada kata mustahil. Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.
Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya. Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.
Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu. Hapus dan buang jauh – jauh dari hati. Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar. Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.
Boleh? Apa yang tidak boleh?
Semuanya boleh apabila kita serius berusaha. Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti. Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah. Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah. Kepalkan tangan, kita pasti boleh!
Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang – bayang si dia. Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita. Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa. Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.
Masalah ini adalah manis!
Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa. Kencang dan lambat hilang. Tetapi semua ada masanya. Memang harus seperti ini. Normal.
Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)



dari: http://akuislam.com/blog/renungan/bagaimanakah-melupakan-si-dia/#ixzz2ADBsINjj

punca MIGRAIN!


Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golonganremaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
Punca
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
Melayukini.net - Boleh kata semua orang mengalami sakit kepala, namun migrain ini merupakan penyakit yang sering dialami oleh orang terpaksa berhadapan dengan sakit kepala yang berpanjangan.  Jadi kepada sakit migrain dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada terkena situasi seperti di atas. Bimbang ia akan memberi kesan sakit berpanjangan.