Pages

traffic light

Saturday 9 June 2012

Pasir Dan Batu


Ada sebuah kisah  tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri merasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas,  tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis diatas sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Suami bertanya  : “Kenapa setelah saya melukai hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?”
Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan saya boleh melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati, agar tidak  hilang tertiup angin waktu dan akan diingati selamanya.”
 Sahabat,
Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana pemikiran setiap insan adalah berbeza. Kadangkala ia  sangat menyakitkan hati. Oleh itu, kita hendaklah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran  diatas, adalah :
 Belajarlah untuk selalu  MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua perkar  yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN….

#sumber: ILUVISLAM

Friday 8 June 2012

Bila Allah Sentuh Hati Kita.

Ahlanwasahlan ukhti dan akhi sekalian.  :)

Cukuplah satu sem saya tidak meng-update blog ini.
Alhamdulillah ia masih bernyawa. hee

Title pun dah tukar nampaknyaaaa. For sure lah ia ada kene mengena dengan saya.
Alhamdulillah my life getting better now.
Syukur sangat sangat kerana Allah sayangkan saya. :)
Just wanna share something.
Hidayah itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek bagai bulan jatuh keriba,
Tetapi hari ini manusia lebih mengutamakan jodoh berbanding hidayah.
Kenapa? kenapa? dan kenapa?
Bila sebut pasal agama, kita pasti akan kata,
''alaa, kita muda lg kott. nanti esok esok aku taubatlah''
Hebatlah anda jika anda tahu bila nyawa anda akan diambil Malaikat Izrael.
Sesungguhnya kematian itu tidak akan menunggu kita walau sedetik pun.
Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?
Tepuk dada, tanya iman. jangan tanya selera, confirm nak makan!
okaylah. see you then. Jaga diri, jaga iman. :)

Btw, thank you for those yang support saya. Kak Dila, Kak Dayang,
and kakak kakak usrah yang lain.
serta kawan kawan . :) love you a lot.

....thank you Allah.




Awaluddin Makrifatullah


Berkata para Ulama’ “Awal-awal agama ialah mengenal Allah” Dan berkata seorang ahli Hikmah, Yahya bin Muaz, “Barangsiapa yang kenal dirinya, sungguh dia telah mengenal Tuhannya.”. Berkata pula Syeikh Jalaludin Ar-Rumi, “Sesungguhnya segala keelokan dan kecantikan yang ternyata pada insan adalah bayangan sifat-sifat Allah taala, sebagaimana cahaya bulan purnama terbayang pada permukaan sungai yang airnya mengalir jernih.” Beliau menambah, “kiranya aku nyatakan sepenuhnya nilai mutiara yang tak tercapai ini (rahsia diri insan) nescaya leburlah dadaku dan leburlah para pendengarnya.” Kalam-kalam di atas mencetuskan asas penting di dalam mencari rahsia dan makna penciptaan diri kita, seterusnya membawa kita kepada hakikat pengabdian diri kepada Allah. Mengabdikan diri kepada Allah adalah dengan makna mengenali Allah dan melakukan sepenuhnya ketaatan kepada Nya, berdakwah dan berjihad agar tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini.
 Untuk mengenal Allah, kita harus mengenali dan menyelami hakikat kejadian diri kita sendiri. Ini kerana, manusia adalah penzahiran kepada kewujudan Allah. Seperti kata Ar-Rumi, ada sifat-sifat keTuhanan yang dizahirkan pada diri manusia. Sebab itu, untuk mengenal Allah bukan sekadar mengenal dengan akal semata-mata, tetapi melihat dengan mata hati atau roh sehingga nyatalah  rahsia keTuhanan yang tersembunyi dan terhijab itu.
 Mendidik manusia dan mengajak mereka kepada Allah atau juga dakwah adalah tugas asasi seorang Muslim. Untuk berjaya mendidik manusia, seorang pendidik mestilah mengenali dirinya.Kalau tidak dia akan gagal mendidik orang lain, malah dia juga akan gagal mendidik dirinya sendiri. Maksud mengenal diri bukanlah mengenai rupa fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi mengenal batiniah dan unsur-unsur ‘dalaman’ manusia, iaitu ruh, nafsu dan akal. Itulah sasaran pendidikan (tarbiyah) yang sebenar, kerana melalui unsur-unsur tersebut sahaja, manusia boleh mengenal Allah dan mencintaiNya.
   islam bukan terletak pada syariat saje..

Semoga Alah tetapkan iman pada kita semua. :)