Berkata para Ulama’ “Awal-awal agama ialah mengenal
Allah” Dan berkata seorang ahli Hikmah, Yahya bin Muaz, “Barangsiapa yang kenal
dirinya, sungguh dia telah mengenal Tuhannya.”. Berkata pula Syeikh Jalaludin
Ar-Rumi, “Sesungguhnya segala keelokan dan kecantikan yang ternyata pada insan
adalah bayangan sifat-sifat Allah taala, sebagaimana cahaya bulan purnama
terbayang pada permukaan sungai yang airnya mengalir jernih.” Beliau menambah,
“kiranya aku nyatakan sepenuhnya nilai mutiara yang tak tercapai ini (rahsia
diri insan) nescaya leburlah dadaku dan leburlah para pendengarnya.” Kalam-kalam di atas mencetuskan asas penting di dalam
mencari rahsia dan makna penciptaan diri kita, seterusnya membawa kita kepada
hakikat pengabdian diri kepada Allah. Mengabdikan diri kepada Allah adalah
dengan makna mengenali Allah dan melakukan sepenuhnya ketaatan kepada Nya,
berdakwah dan berjihad agar tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Untuk mengenal Allah, kita harus mengenali dan menyelami hakikat
kejadian diri kita sendiri. Ini kerana, manusia adalah penzahiran kepada
kewujudan Allah. Seperti kata Ar-Rumi, ada sifat-sifat keTuhanan yang
dizahirkan pada diri manusia. Sebab itu, untuk mengenal Allah bukan sekadar
mengenal dengan akal semata-mata, tetapi melihat dengan mata hati atau roh
sehingga nyatalah rahsia keTuhanan yang tersembunyi dan terhijab itu.
Mendidik manusia dan mengajak mereka kepada Allah atau juga
dakwah adalah tugas asasi seorang Muslim. Untuk berjaya mendidik manusia,
seorang pendidik mestilah mengenali dirinya.Kalau tidak dia akan gagal mendidik
orang lain, malah dia juga akan gagal mendidik dirinya sendiri. Maksud mengenal
diri bukanlah mengenai rupa fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar,
tetapi mengenal batiniah dan unsur-unsur ‘dalaman’ manusia, iaitu ruh, nafsu
dan akal. Itulah sasaran pendidikan (tarbiyah) yang sebenar, kerana melalui
unsur-unsur tersebut sahaja, manusia boleh mengenal Allah dan mencintaiNya.
islam bukan terletak pada syariat saje..
Semoga Alah tetapkan iman pada kita semua. :)
No comments:
Post a Comment